RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU
Tarikh : 14.11.2011
Tahun : 4 Maju 1
Masa : 8.50 pagi -9.50 pagi
Tema : Pencemaran
Tajuk : Enjut-enjut Semut
Fokus Utama :
7.1. Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat
dan tersirat.
1. Menjelaskan maksud tersurat dan tersirat berdasarkan bahan grafik
dan bukan grafik.
Fokus Sampingan:
6.1. Membaca dan merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan
maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji termasuk maklumat
daripada internet.
1. Merujuk media elektronik untuk mendapatkan maklumat bagi
tajuk yang sedang dikaji.
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat:-
1. Mentafsir gambar atau jenis pencemaran yang berlaku di negara
ini.
2. Menyenarai sekurang-kurangnya empat kesan pencemaran
daripada gambar yang ditunjukkan.
3. Mengembangkan idea perenggan dengan menggunakan kata adjektif dan ayat yang betul.
4. Menulis maklumat yang didengar kepada genre naratif.
Kemahiran Bahasa :
Kemahiran menulis,
Kemahiran membaca,
Kemahiran mendengar dan
Kemahiran bertutur.
Sistem Bahasa :
Tatabahasa : Kata Adjektif
Tatabahasa : Kata Adjektif
Kosa Kata : rakus, punah,
Pengisian Kurikulum :
Ilmu - Kajian Tempatan & Sivik
Nilai Murni - Cintai alam sekitar
Kajian Masa Depan
Kemahiran Bernilai Tambah :-
1. Kemahiran Berfikir – Membanding dan Membeza, Mentafsir
2. Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
3. Kemahiran Belajar Cara Belajar
4. Pembelajaran Konstruktivisme
Bahan Bantu Mengajar:
Rujukan URL: (slaid/ power point), LCD, Komputer, Lembaran Kerja, Petikan.
Pengetahuan Sedia Ada:
Murid mengetahui dan pernah melihat aktiviti pencemaran dan kesannya.
Isi Pelajaran | Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | Catatan |
Set Induksi ( 5 minit ) | - Tayangan video pencemaran. - Guru bersoal jawab dengan murid tentang tayangan tersebut . - Murid memberi pendapat berdasarkan pengetahuan sedia ada. | KBT:Verbal Linguistik BBM: Rujukan URL: |
Langkah 1 ( 10 minit ) | - Murid menyanyi lagu”Enjut-enjut Semut” berdasarkan seni kata yang dipaparkan pada slaid dan merujuk buku teks. - Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan maklumat yang terdapat dalam teks sama ada yang tersurat atau tersirat - Murid menyatakan aktiviti pencemaran dan kesan berdasarkan teks. | Seni kata lagu’Enjut-enjut Semut” Lampiran 1 Senikata Lagu Enjut-enjut Semut |
Langkah 2 ( 15 minit ) | - Guru bertanya tentang video pencemaran alam sekitar yang telah dipaparkan. - Murid mengklafisikasi jenis pencemaran berdasarkan pengetahuan sedia ada. - Murid menyenaraikan jenis pencemaran dalam borang grafik yang diberi . - Murid menyenaraikan kata sifat/adjektif akibat /kesan pencemaran tersebut dalam borang grafik. - Guru menerangkan akibat/kesan pencemaran kepada alam dan generasi akan datang. | ICT Konstruktivisme Intrapersonal Verbal Linguistik Rujukan URL : Lampiran 2 Kata Adjektif dan contoh Lampiran 3 Borang Grafik |
Langkah 3 (5 minit ) | Permainan ’Siapa Saya’ - Guru meminta seorang murid melakonkan aksi. - Murid yang lain meneka menggunakan kata adjektif yang sesuai. | ICT Interpersonal Verbal Linguistik |
Langkah 4 ( 8 minit ) | Membina ayat berdasarkan kata adjektif - Murid diminta meminta membina ayat mengandungi kata adjektif berdasarkan simulasi video dan teks. | Lembaran Kerja Rujukan URL : |
Penutup ( 2 minit ) | - Guru dan murid menyanyi lagu ’Enjut-enjut Semut’ -Guru menegaskan kepentingan menjaga alam sekitar. | Verbal Linguistik PAK |
Refleksi:P&P dapat dilaksanakan dengan baik. Namun berlaku masalah teknikal di mana paparan untuk tayangan video tidak dapat dibuat ketika langkah ke-4. Saya terpaksa menggunakan bahan maujud yang ada untuk menggantikan aktiviti.
LAMPIRAN 1
LAGU ‘ENJUT-ENJUT SEMUT’
Enjut-enjut semut,
Siapa sakit naik atas, 2X
Enjut-enjut semut,
Siapa sakit naik atas.
Membuang sampah merata-rata,
Baunya busuk tidak terkira,
Sikap yang degil angkara manusia,
Sukar ditegur sukar disapa.
Hutan yang tebal sudah dimusnah,
Manusia rakus gilakan tanah,
Di atas sana dibina rumah,
Kalaulah runtuh habislah punah.
Hidupan air menjadi mangsa,
Bahan beracun sering diguna,
Siapa yang makan turut binasa,
Bermacam penyakit akan dirasa.
Risau di hati kalau fikirkan,
Alam yang bersih penuh kotoran,
Mengapa terus kita biarkan,
Tindakan keras kita kenakan.
LAMPIRAN 2
KATA ADJEKTIF
1. Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat.
2. Kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang dan sebagainya.
3. Jenis-jenis kata adjektif;
| Jenis yang menerangkan... | Contoh Kata Adjektif |
1 | Keadaan | Sihat ,cantik, comel |
2 | Warna | Hijau, biru, putih |
3 | Ukuran | Tebal, nipis, besar |
4 | Bentuk | Bulat, lonjong,lurus |
5 | Jarak | Dekat,jauh |
6 | Waktu | Awal,lama,sekejap |
7 | Perasaan | Malu,gembira,sedih |
8 | Cara | Laju,lincah,serentak |
9 | Pancaindera | Manis,masin,masam |
LAMPIRAN 3
JENIS PENCEMARAN | KESAN PENCEMARAN |
| |
KATA ADJEKTIF |
Contoh: pokok tumbang |
LATIHAN : Bina lima ayat lengkap berdasarkan kata adjektif di atas.
- ____________________________________________________________________________________________________________________________________
- ____________________________________________________________________________________________________________________________________
- ____________________________________________________________________________________________________________________________________
- ____________________________________________________________________________________________________________________________________
- ____________________________________________________________________________________________________________________________________
LAMPIRAN 4 – Siapa Saya
Sila lakonkan watak di bawah hanya menggunakan aksi tanpa suara.
a) Seekor harimau yang sedang berjalan dan mengaum
Sila lakonkan watak di bawah hanya menggunakan aksi tanpa suara.
b) Seekor gajah yang berjalan-jalan mencari makanan.
Sila lakonkan watak di bawah hanya menggunakan aksi tanpa suara.
c) Seekor ular yang sedang menyusur
Sila lakonkan watak di bawah hanya menggunakan aksi tanpa suara.
d) Seekor monyet yang cuba menyelamatkan diri daripada bahaya.