Khamis, 8 Disember 2011
INFO UPSR
Penerangan mengenai aspek-aspek dan teknik menjawab dalam Bahasa Melayu Pemahaman UPSR.
Latihan 1b
Jika anda telah menjawab Latihan 1a pada post sebelum ini, teruskan menjawab Latihan 1b. Selamat Menjawab.
Selasa, 6 Disember 2011
Kata Adjektif
KATA ADJEKTIF
1. Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat.
2. Kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang dan sebagainya.
3. Jenis-jenis kata adjektif;
a) Kata adjektif yang menerangkan keadaan.
cantik, ikal, mancung
b) Kata adjektif yang menerangkan warna.
Biru, hitam, merah
c) Kata adjektif yang menerangkan ukuran.
d) Kata adjektif yang menerangkan bentuk.
e) Kata adjektif yang menerangkan jarak.
f) Kata adjektif yang menerangkan cara.
g) Kata adjektif yang menerangkan pancaindera.
Isnin, 28 November 2011
Rancangan Pelajaran Harian (RPH)
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU
Tarikh : 14.11.2011
Tahun : 4 Maju 1
Masa : 8.50 pagi -9.50 pagi
Tema : Pencemaran
Tajuk : Enjut-enjut Semut
Fokus Utama :
7.1. Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat
dan tersirat.
1. Menjelaskan maksud tersurat dan tersirat berdasarkan bahan grafik
dan bukan grafik.
Fokus Sampingan:
6.1. Membaca dan merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan
maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji termasuk maklumat
daripada internet.
1. Merujuk media elektronik untuk mendapatkan maklumat bagi
tajuk yang sedang dikaji.
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat:-
1. Mentafsir gambar atau jenis pencemaran yang berlaku di negara
ini.
2. Menyenarai sekurang-kurangnya empat kesan pencemaran
daripada gambar yang ditunjukkan.
3. Mengembangkan idea perenggan dengan menggunakan kata adjektif dan ayat yang betul.
4. Menulis maklumat yang didengar kepada genre naratif.
Kemahiran Bahasa :
Kemahiran menulis,
Kemahiran membaca,
Kemahiran mendengar dan
Kemahiran bertutur.
Sistem Bahasa :
Tatabahasa : Kata Adjektif
Tatabahasa : Kata Adjektif
Kosa Kata : rakus, punah,
Pengisian Kurikulum :
Ilmu - Kajian Tempatan & Sivik
Nilai Murni - Cintai alam sekitar
Kajian Masa Depan
Kemahiran Bernilai Tambah :-
1. Kemahiran Berfikir – Membanding dan Membeza, Mentafsir
2. Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
3. Kemahiran Belajar Cara Belajar
4. Pembelajaran Konstruktivisme
Bahan Bantu Mengajar:
Rujukan URL: (slaid/ power point), LCD, Komputer, Lembaran Kerja, Petikan.
Pengetahuan Sedia Ada:
Murid mengetahui dan pernah melihat aktiviti pencemaran dan kesannya.
| Isi Pelajaran | Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | Catatan |
| Set Induksi ( 5 minit ) | - Tayangan video pencemaran. - Guru bersoal jawab dengan murid tentang tayangan tersebut . - Murid memberi pendapat berdasarkan pengetahuan sedia ada. | KBT:Verbal Linguistik BBM: Rujukan URL: |
| Langkah 1 ( 10 minit ) | - Murid menyanyi lagu”Enjut-enjut Semut” berdasarkan seni kata yang dipaparkan pada slaid dan merujuk buku teks. - Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan maklumat yang terdapat dalam teks sama ada yang tersurat atau tersirat - Murid menyatakan aktiviti pencemaran dan kesan berdasarkan teks. | Seni kata lagu’Enjut-enjut Semut” Lampiran 1 Senikata Lagu Enjut-enjut Semut |
| Langkah 2 ( 15 minit ) | - Guru bertanya tentang video pencemaran alam sekitar yang telah dipaparkan. - Murid mengklafisikasi jenis pencemaran berdasarkan pengetahuan sedia ada. - Murid menyenaraikan jenis pencemaran dalam borang grafik yang diberi . - Murid menyenaraikan kata sifat/adjektif akibat /kesan pencemaran tersebut dalam borang grafik. - Guru menerangkan akibat/kesan pencemaran kepada alam dan generasi akan datang. | ICT Konstruktivisme Intrapersonal Verbal Linguistik Rujukan URL : Lampiran 2 Kata Adjektif dan contoh Lampiran 3 Borang Grafik |
| Langkah 3 (5 minit ) | Permainan ’Siapa Saya’ - Guru meminta seorang murid melakonkan aksi. - Murid yang lain meneka menggunakan kata adjektif yang sesuai. | ICT Interpersonal Verbal Linguistik |
| Langkah 4 ( 8 minit ) | Membina ayat berdasarkan kata adjektif - Murid diminta meminta membina ayat mengandungi kata adjektif berdasarkan simulasi video dan teks. | Lembaran Kerja Rujukan URL : |
| Penutup ( 2 minit ) | - Guru dan murid menyanyi lagu ’Enjut-enjut Semut’ -Guru menegaskan kepentingan menjaga alam sekitar. | Verbal Linguistik PAK |
Refleksi:P&P dapat dilaksanakan dengan baik. Namun berlaku masalah teknikal di mana paparan untuk tayangan video tidak dapat dibuat ketika langkah ke-4. Saya terpaksa menggunakan bahan maujud yang ada untuk menggantikan aktiviti.
LAMPIRAN 1

LAGU ‘ENJUT-ENJUT SEMUT’
Siapa sakit naik atas, 2X
Enjut-enjut semut,
Siapa sakit naik atas.
Membuang sampah merata-rata,
Baunya busuk tidak terkira,
Sikap yang degil angkara manusia,
Sukar ditegur sukar disapa.
Hutan yang tebal sudah dimusnah,
Manusia rakus gilakan tanah,
Di atas sana dibina rumah,
Kalaulah runtuh habislah punah.
Hidupan air menjadi mangsa,
Bahan beracun sering diguna,
Siapa yang makan turut binasa,
Bermacam penyakit akan dirasa.
Risau di hati kalau fikirkan,
Alam yang bersih penuh kotoran,
Mengapa terus kita biarkan,
Tindakan keras kita kenakan.
LAMPIRAN 2
KATA ADJEKTIF
1. Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat.
2. Kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang dan sebagainya.
3. Jenis-jenis kata adjektif;
| | Jenis yang menerangkan... | Contoh Kata Adjektif |
| 1 | Keadaan | Sihat ,cantik, comel |
| 2 | Warna | Hijau, biru, putih |
| 3 | Ukuran | Tebal, nipis, besar |
| 4 | Bentuk | Bulat, lonjong,lurus |
| 5 | Jarak | Dekat,jauh |
| 6 | Waktu | Awal,lama,sekejap |
| 7 | Perasaan | Malu,gembira,sedih |
| 8 | Cara | Laju,lincah,serentak |
| 9 | Pancaindera | Manis,masin,masam |
LAMPIRAN 3
| JENIS PENCEMARAN | KESAN PENCEMARAN |
| | |
| KATA ADJEKTIF |
| Contoh: pokok tumbang |
LATIHAN : Bina lima ayat lengkap berdasarkan kata adjektif di atas.
- ____________________________________________________________________________________________________________________________________
- ____________________________________________________________________________________________________________________________________
- ____________________________________________________________________________________________________________________________________
- ____________________________________________________________________________________________________________________________________
- ____________________________________________________________________________________________________________________________________

LAMPIRAN 4 – Siapa Saya
Sila lakonkan watak di bawah hanya menggunakan aksi tanpa suara.
a) Seekor harimau yang sedang berjalan dan mengaum
Sila lakonkan watak di bawah hanya menggunakan aksi tanpa suara.
b) Seekor gajah yang berjalan-jalan mencari makanan.
Sila lakonkan watak di bawah hanya menggunakan aksi tanpa suara.
c) Seekor ular yang sedang menyusur
Sila lakonkan watak di bawah hanya menggunakan aksi tanpa suara.
d) Seekor monyet yang cuba menyelamatkan diri daripada bahaya.
Rabu, 9 November 2011
Hayati bait-bait yang puitis tentang guru
GURU
nukilan: Nor Shahida Baharuddin
Kau insan yang mulia
Mendidik generasi demi generasi
Tanpa mengenal erti jemu
Siang malam berdoa agar
Anak bangsa berjaya dan berjaya
Guru
Kau ibarat lilin
Menerangi jalan yang gelap
Menyuluh ke jalan yang terang
Namun kekadang tersasar
Oleh badai yang datang
Guru
Kami anak didik
Bersyukur kepada Ilahi
Kerana menjadi insan yang terpilih
Hasil usaha murnimu
Guru
Kami berdoa agar kau guru
Bahagia dan tenang selalu
Di dunia dan akhirat
Salam kasih dan sayang
Dari kami
Buatmu guru
JANJI CIKGU
Hidup seorang guru sungguh bahagia
Terkenang jasa diluput tidak
Tapi pena orang luar
Bila berbicara soal guru
Aku menjawab tenang
Orang kata guru itu payah
Siang pergi malam kerja
Aku kata guru itu mudah
Siang bergaji malam bahagia
Pagi tak pernah rugi
Malam tidurpun selesa
Orang kata guru itu penat
Gaji tak seberapa kerja berlambak
Aku kata guru itu rehat
Mengajar tak seberapa tapi penuh berkat
Kerja sekerat-sekerat pahala penuh sendat
Ilmu yang dicurah tak dapat disekat
Makin dicurah makin mendekat
Orang kata guru itu sungguh bosan
Setiap tahun muka sama setiap bulan
Aku kata guru itu singguh riang
Sekali berkata murid ketawa girang
Bila berjaya murid terus menjulang
Jasa bakti tak pernah hilang
Orang kata guru itu sepi
Dihumban ke dalam hutan seperti tiada penghuni
Lebih-lebih lagi Ulu Banat tak bertepi
Aku kata guru itu "happy"
Jasa bakti dipercayai
Masuk kedalam hutan untuk berbakti
Pada bangsa anak pertiwi
Agak kelak menabur bakti
Setelah keluar dari IPT
Orang kata guru itu susah
Orang berkereta mewah berbatunya rumah
Masih meminta agar dipindah, tak pernah kena
Aku kata guru itu senang
Kereta tak ada tak bayar hutang
Rumah sederhana berhati tenang
Tidur lena pencuri tak datang
Tak dapat pindah bukan penghalang
Menerus hidup seorang pejuang
Orang kata apa boleh dikata
Kalau hati sudah dimahkota
Janji guru janji dikota
Aku berkata itulah guru sungguh bertakhta
Jangan takut bila dikata
Janji kita harus dikota
Luput tidak diingat dikata.
Terkenang jasa diluput tidak
Tapi pena orang luar
Bila berbicara soal guru
Aku menjawab tenang
Orang kata guru itu payah
Siang pergi malam kerja
Aku kata guru itu mudah
Siang bergaji malam bahagia
Pagi tak pernah rugi
Malam tidurpun selesa
Orang kata guru itu penat
Gaji tak seberapa kerja berlambak
Aku kata guru itu rehat
Mengajar tak seberapa tapi penuh berkat
Kerja sekerat-sekerat pahala penuh sendat
Ilmu yang dicurah tak dapat disekat
Makin dicurah makin mendekat
Orang kata guru itu sungguh bosan
Setiap tahun muka sama setiap bulan
Aku kata guru itu singguh riang
Sekali berkata murid ketawa girang
Bila berjaya murid terus menjulang
Jasa bakti tak pernah hilang
Orang kata guru itu sepi
Dihumban ke dalam hutan seperti tiada penghuni
Lebih-lebih lagi Ulu Banat tak bertepi
Aku kata guru itu "happy"
Jasa bakti dipercayai
Masuk kedalam hutan untuk berbakti
Pada bangsa anak pertiwi
Agak kelak menabur bakti
Setelah keluar dari IPT
Orang kata guru itu susah
Orang berkereta mewah berbatunya rumah
Masih meminta agar dipindah, tak pernah kena
Aku kata guru itu senang
Kereta tak ada tak bayar hutang
Rumah sederhana berhati tenang
Tidur lena pencuri tak datang
Tak dapat pindah bukan penghalang
Menerus hidup seorang pejuang
Orang kata apa boleh dikata
Kalau hati sudah dimahkota
Janji guru janji dikota
Aku berkata itulah guru sungguh bertakhta
Jangan takut bila dikata
Janji kita harus dikota
Luput tidak diingat dikata.
Nukilan: Dr Rushmini Maris
GURU OH GURU
Guru Oh Guru ..................
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Nukilan Allahyarham SN Dato' Dr. Usman Awang
Langgan:
Catatan (Atom)






