Ahad, 11 Disember 2011

Latihan Objektif 2

Latihan yang boleh menguji pemahaman anda tentang penggunaan diksi dan kosa kata dalam ayat.

Kata Hampir Sama Makna

Setiap suatu perkataan memberi pengertian yang berbeza bagi setiap individu. Sila teliti dan fahami setiap perkataan yang dipaparkan di bawah. Semoga ia dapat membantu dan menambah pengetahuan mengenai diksi dan kosa kata yang digunakan seharian.

Khamis, 8 Disember 2011

INFO UPSR

Penerangan mengenai aspek-aspek dan teknik menjawab dalam  Bahasa Melayu Pemahaman UPSR.

Latihan 1b

Jika anda telah menjawab Latihan 1a pada post sebelum ini, teruskan menjawab Latihan 1b. Selamat Menjawab.

Latihan 1a

Sila jawab latihan yang disediakan.

Selasa, 6 Disember 2011

Kata Adjektif

KATA ADJEKTIF


1.    Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat.

2.    Kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang dan sebagainya.

3.    Jenis-jenis kata adjektif;

a)    Kata adjektif yang menerangkan keadaan.

cantik, ikal, mancung

               b)    Kata adjektif yang menerangkan warna.

                                    Biru, hitam, merah

c)    Kata adjektif yang menerangkan ukuran.




d)    Kata adjektif yang menerangkan bentuk.

e)    Kata adjektif yang menerangkan jarak.


               f)    Kata adjektif yang menerangkan cara.



                       
    
     g)    Kata adjektif yang menerangkan pancaindera.






Video Pencemaran

                                                     

Isnin, 28 November 2011

Rancangan Pelajaran Harian (RPH)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

Tarikh              : 14.11.2011
Tahun               : 4 Maju 1
Masa                :  8.50 pagi -9.50 pagi
Tema                :  Pencemaran
Tajuk               :  Enjut-enjut Semut
Fokus Utama    :
7.1.      Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat     
            dan tersirat.
Aras 2
1.            Menjelaskan maksud tersurat dan tersirat berdasarkan bahan grafik
         dan bukan grafik.
Fokus Sampingan:
6.1.      Membaca dan merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan
            maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji termasuk maklumat
            daripada internet.
Aras 2
1.            Merujuk media elektronik untuk mendapatkan maklumat bagi  
          tajuk yang sedang dikaji.
Objektif            : Pada akhir pelajaran, murid dapat:-

1.            Mentafsir gambar atau jenis pencemaran yang berlaku di negara
         ini.
2.            Menyenarai sekurang-kurangnya empat kesan pencemaran  
         daripada gambar yang ditunjukkan.
3.      Mengembangkan idea perenggan dengan menggunakan kata adjektif dan ayat yang betul.
4.      Menulis maklumat yang didengar kepada genre naratif.

Kemahiran Bahasa :
Kemahiran menulis,
Kemahiran membaca,
Kemahiran mendengar dan
Kemahiran bertutur.

Sistem Bahasa     :
 Tatabahasa   : Kata Adjektif
 Kosa Kata   : rakus, punah,

Pengisian Kurikulum     :

Ilmu                  - Kajian Tempatan  & Sivik
Nilai Murni       - Cintai alam sekitar
                           Kajian Masa Depan

Kemahiran Bernilai Tambah :-
1.                          Kemahiran Berfikir – Membanding dan Membeza, Mentafsir
2.                          Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
3.                          Kemahiran Belajar Cara Belajar
4.                          Pembelajaran Konstruktivisme

Bahan Bantu Mengajar:
Rujukan URL: (slaid/ power point), LCD, Komputer, Lembaran Kerja, Petikan.

Pengetahuan Sedia Ada:
 Murid mengetahui dan pernah melihat aktiviti pencemaran dan kesannya.

Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan

Set Induksi
( 5 minit )

- Tayangan video pencemaran.
- Guru bersoal jawab dengan murid tentang 
   tayangan tersebut .
- Murid memberi pendapat berdasarkan
   pengetahuan sedia ada.
 


KBT:Verbal Linguistik
BBM: Rujukan URL:

Langkah 1
( 10 minit )

- Murid menyanyi lagu”Enjut-enjut Semut”
  berdasarkan seni kata yang dipaparkan pada
  slaid dan merujuk buku teks.
- Guru bersoal jawab dengan murid
   berkaitan maklumat yang terdapat dalam
    teks sama ada yang tersurat atau tersirat
- Murid menyatakan aktiviti pencemaran dan  
  kesan berdasarkan teks.

Seni kata lagu’Enjut-enjut Semut”

Lampiran 1
Senikata
Lagu Enjut-enjut Semut

Langkah 2
( 15 minit )

-  Guru bertanya tentang video pencemaran 
   alam sekitar yang telah dipaparkan. 
-  Murid mengklafisikasi jenis pencemaran
   berdasarkan pengetahuan sedia ada.
-  Murid menyenaraikan jenis pencemaran
    dalam borang grafik yang diberi .
-  Murid menyenaraikan kata sifat/adjektif
   akibat /kesan pencemaran tersebut dalam
   borang grafik.
- Guru menerangkan akibat/kesan
   pencemaran kepada alam dan generasi akan
   datang.


ICT
Konstruktivisme
Intrapersonal
Verbal Linguistik
Rujukan URL :
Lampiran 2
Kata Adjektif dan contoh

Lampiran 3 Borang Grafik

Langkah 3
(5 minit )

Permainan ’Siapa Saya’
-         Guru meminta seorang murid melakonkan aksi.
-         Murid yang lain meneka menggunakan kata adjektif yang sesuai.

ICT
Interpersonal
Verbal Linguistik

Langkah 4
( 8 minit )

Membina ayat berdasarkan kata adjektif
- Murid diminta meminta membina ayat 
   mengandungi kata adjektif berdasarkan
   simulasi video dan teks.


Lembaran Kerja
Rujukan URL :


Penutup
( 2 minit )

- Guru dan murid menyanyi lagu ’Enjut-enjut
   Semut’
-Guru  menegaskan kepentingan menjaga alam sekitar.


Verbal Linguistik
PAK


Refleksi:P&P dapat dilaksanakan dengan baik. Namun berlaku masalah teknikal di mana paparan untuk tayangan video tidak dapat dibuat ketika langkah ke-4. Saya terpaksa menggunakan bahan maujud yang ada untuk menggantikan aktiviti.


LAMPIRAN 1
LAGU ‘ENJUT-ENJUT SEMUT’

Enjut-enjut semut,
Siapa sakit naik atas,    2X
Enjut-enjut semut,
Siapa sakit naik atas.

Membuang sampah merata-rata,
Baunya busuk tidak terkira,
Sikap yang degil angkara manusia,
Sukar ditegur sukar disapa.

Hutan yang tebal sudah dimusnah,
Manusia rakus gilakan tanah,
Di atas sana dibina rumah,
Kalaulah runtuh habislah punah.

Hidupan air menjadi mangsa,
Bahan beracun sering diguna,
Siapa yang makan turut  binasa,
Bermacam penyakit akan dirasa.

Risau di hati kalau fikirkan,
Alam yang bersih penuh kotoran,
Mengapa terus kita biarkan,
Tindakan keras kita kenakan.



    
  LAMPIRAN 2

KATA ADJEKTIF


1.    Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat.

2.    Kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang dan sebagainya.

3.    Jenis-jenis kata adjektif;


Jenis yang menerangkan...
Contoh Kata Adjektif
1
Keadaan
Sihat ,cantik, comel

2
Warna
Hijau, biru, putih

3
Ukuran
Tebal, nipis, besar

4
Bentuk
Bulat, lonjong,lurus

5
Jarak
Dekat,jauh

6
Waktu
Awal,lama,sekejap

7
Perasaan
Malu,gembira,sedih

8
Cara
Laju,lincah,serentak

9
Pancaindera
Manis,masin,masam




LAMPIRAN 3


JENIS PENCEMARAN
KESAN PENCEMARAN








KATA ADJEKTIF

Contoh: pokok tumbang









LATIHAN : Bina lima ayat lengkap berdasarkan kata adjektif di atas.

  1. ____________________________________________________________________________________________________________________________________
  2. ____________________________________________________________________________________________________________________________________
  3. ____________________________________________________________________________________________________________________________________
  4. ____________________________________________________________________________________________________________________________________
  5. ____________________________________________________________________________________________________________________________________











LAMPIRAN 4 – Siapa Saya

Sila lakonkan watak di bawah hanya menggunakan aksi tanpa suara.

a)      Seekor harimau yang sedang berjalan dan mengaum


Sila lakonkan watak di bawah hanya menggunakan aksi tanpa suara.

b)      Seekor gajah yang berjalan-jalan mencari makanan.

Sila lakonkan watak di bawah hanya menggunakan aksi tanpa suara.

c)      Seekor ular yang sedang menyusur

Sila lakonkan watak di bawah hanya menggunakan aksi tanpa suara.

d)      Seekor monyet  yang cuba menyelamatkan diri daripada bahaya.


Rabu, 9 November 2011

Hayati bait-bait yang puitis tentang guru

GURU

nukilan: Nor Shahida Baharuddin


Kau insan yang mulia
Mendidik generasi demi generasi
Tanpa mengenal erti jemu
Siang malam berdoa agar
Anak bangsa berjaya dan berjaya

Guru
Kau ibarat lilin
Menerangi jalan yang gelap
Menyuluh ke jalan yang terang
Namun kekadang tersasar
Oleh badai yang datang

Guru
Kami anak didik
Bersyukur kepada Ilahi
Kerana menjadi insan yang terpilih
Hasil usaha murnimu

Guru
Kami berdoa agar kau guru
Bahagia dan tenang selalu
Di dunia dan akhirat
Salam kasih dan sayang
Dari kami
Buatmu guru





JANJI CIKGU

Hidup seorang guru sungguh bahagia
Terkenang jasa diluput tidak
Tapi pena orang luar
Bila berbicara soal guru
Aku menjawab tenang

Orang kata guru itu payah
Siang pergi malam kerja
Aku kata guru itu mudah
Siang bergaji malam bahagia
Pagi tak pernah rugi
Malam tidurpun selesa

Orang kata guru itu penat
Gaji tak seberapa kerja berlambak
Aku kata guru itu rehat
Mengajar tak seberapa tapi penuh berkat
Kerja sekerat-sekerat pahala penuh sendat
Ilmu yang dicurah tak dapat disekat
Makin dicurah makin mendekat

Orang kata guru itu sungguh bosan
Setiap tahun muka sama setiap bulan
Aku kata guru itu singguh riang
Sekali berkata murid ketawa girang
Bila berjaya murid terus menjulang
Jasa bakti tak pernah hilang

Orang kata guru itu sepi
Dihumban ke dalam hutan seperti tiada penghuni
Lebih-lebih lagi Ulu Banat tak bertepi
Aku kata guru itu "happy"
Jasa bakti dipercayai
Masuk kedalam hutan untuk berbakti
Pada bangsa anak pertiwi
Agak kelak menabur bakti
Setelah keluar dari IPT

Orang kata guru itu susah
Orang berkereta mewah berbatunya rumah
Masih meminta agar dipindah, tak pernah kena
Aku kata guru itu senang
Kereta tak ada tak bayar hutang
Rumah sederhana berhati tenang
Tidur lena pencuri tak datang
Tak dapat pindah bukan penghalang
Menerus hidup seorang pejuang

Orang kata apa boleh dikata
Kalau hati sudah dimahkota
Janji guru janji dikota
Aku berkata itulah guru sungguh bertakhta
Jangan takut bila dikata
Janji kita harus dikota
Luput tidak diingat dikata.

Nukilan: Dr Rushmini Maris

  

GURU OH GURU

Guru Oh Guru ..................
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Nukilan Allahyarham SN Dato' Dr. Usman Awang

Sabtu, 22 Oktober 2011

Indahnya bahasa Melayu yang kita warisi

Jenis-Jenis Peribahasa

A). Simpulan Bahasa

Simpulan bahasa adalah kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang membawa maksud tertentu. Maksudnya terdapat daripada apa yang tersirat atau tersembunyi bukan daripada yang tersurat atau nyata. Ringkasnya, erti simpulan bahasa berlainan daripada perkataan yang digunakan.


Contoh Simpulan Bahasa dan Maknanya:

Simpulan Bahasa


Maksudnya
ada angin
berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika
ada hati
mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu
air muka
rupa atau wajah seseorang
ajak-ajak ayam
tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang
ada bakat
mempunyai tokoh atau perwatakan
alas perut
makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan
                                                                   yang mengenyangkan
 anak angkat
anak orang lain yang dipelihara sebagai          anak sendiri
anak bapa
anak yang disayangi oleh bapa
anak buah
Orang yang di bawah jagaan seorang  
ketua atau anak saudara
anak emas
anak yang disayangi oleh ibu bapa atau  ketuanya
angkat kaki
meninggalkan sesuatu tempat kerana  
sesuatu sebab
atas angin
negara-negara di sebelah barat
atas pagar
tidak menyebelahi mana-mana pihak
ayam tambatan
orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan
bahasa pasar
bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya
banyak mulut
orang yang banyak bercakap
batu api
orang yang suka menghasut
batu loncatan
sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati
bau-bau bacang
tali persaudaraan yang jauh
bawah angin
negara-negara di sebelah timur
bekas tangan
hasil kerja tangan seseorang
beralih akal
berubah fikiran atau pendapat
beralih angin
pergi ke sesuatu tempat untuk berehat
berat hati
enggan; malas
berat mulut
pendiam atau tidak suka bercakap banyak
berat tulang
orang yang malas bekerja
berat sebelah
tidak berlaku adil
berbelah bagi
sukar untuk membuat keputusan
berhati batu
degil dan sukar menerima nasihat
berhutang budi
patut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga
bermuka dua
tidak jujur
bertikam lidah
bertengkar; berdebat
besar hati
bergembira atau berbangga akan sesuatu
besar kepala
degil; sukar menerima pandangan orang lain
buah hati
orang yang dikasihi atau dipuja
buah mulut
sesuatu yang menjadi perbualan orang ramai
buah tangan
hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang
bulat hati
bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah nekad
buruk siku
mengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain
buta hati
tidak dapat menerima pengajaran; zalim; kejam
cahaya mata
anak
cakar ayam
tulisan yang buruk
campur tangan
turut serta atau mencampuri urusan orang lain
cari jalan
berusaha atau berikhtiar melakukan sesuatu
cepat tangan
suka mencuri
dalam tangan
sudah pasti akan diperoleh
darah daging
anak kandung
durian runtuh
keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka
gaji buta
mendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau bekerja bersungguh-sungguh
gelap mata
hilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau harta
harga diri
maruah atau kehormatan seseorang
harga mati
harga tetap yang tidak dapat ditawar lagi
hati batu
degil atau keras hati
hidung tinggi
sombong atau tinggi diri
hilang akal
tidak tahu apa-apa yang perlu dibuat; hilang pertimbangan diri
ikat perut
menahan lapar kerana berjimat
iri hati
menyimpan perasaan dengki atau cemburu
isi hati
perasaan dalam hati
jalan buntu
tidak ada jalan penyelesaian
kacang hantu
orang yang jahat dan suka mengganggu orang lain
kaki ayam
tidak berkasut atau berselipar
kaki bangku
tidak berkebolehan bermain bola
kaki botol
suka minum minuman keras
kecil hati
berasa tersinggung atau merajuk
kepala angin
perangai yang tidak menentu
kepala batu
degil dan tidak mendengar nasihat
kera sumbang
orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain
khabar angin
berita yang belum tentu benarnya
langkah kanan
bernasib baik
langkah seribu
cepat-cepat lari kerana ketakutan
lidah bercabang
kata-kata yang tidak dapat dipercayai
lipas kudung
cepat membuat kerja
lintah darat
mengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan
makan angin
bersiar-siar untuk berehat
makan suap
menerima rasuah
malu-malu kucing
berpura-pura malu di hadapan orang
mandi peluh
bekerja kuat
mati katak
mati dengan sia-sia
membabi buta
melakukan sesuatu tanpa berfikir
membawa diri
tahu menjaga diri
membuka jalan
memberi laluan kepada orang lain
membuka tembelang
menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain
memeras otak
terlalu kuat berfikir atau belajar
menarik diri
tidak turut serta; meletak jawatan
mencari jalan
berusaha untuk melakukan sesuatu
mencuci mata
gembira memperhatikan sesuatu yang indah
mencuit hati
lucu; menggelikan hati
mengabui mata
cuba memperdaya; menipu
mengadu domba
memperlagakan seseorang untuk memecahbelahkan persahabatan dan sebagainya
mengambil angin
bersiar-siar untuk berehat
mengambil berat
memberi sepenuh perhatian
mengambil hati
dapat memikat atau mempengaruhi
mengasah bakat
latihan untuk mengembangkan bakat
muka tembok
tidak berasa malu
mulut murai
kuat bercakap atau berbuat bising
mulut tempayan
tidak dapat menyimpan rahsia
murah hati
suka berderma; tidak kedekut
naik angin
terlalu marah
nyawa-nyawa ikan
hampir-hampir mati
orang atasan
orang yang berpangkat tinggi
otak cair
pintar atau bijak
otak kering
kurang siuman
otak udang
bebal atau bodoh
paku Belanda
barangan yang tetap harganya
panas hati
meradang atau marah
panjang tangan
suka mencuri
pasang telinga
mendengar dengan teliti
pekak badak
kurang jelas pendengarannya; tidak dapat mendengar bunyi yang kuat
pembasuh mulut
makanan atau minuman yang dihidangkan selepas makan nasi
perang mulut
pertengkaran
pilih kasih
memberi layanan yang lebih kepada orang yang disukai
pisau cukur
perempuan yang suka menghabiskan harta benda lelaki
puteri lilin
tidak tahan terkena panas matahari
putih hati
ikhlas; jujur
putih mata
mengalami kekecewaan




Diedit daripada Modul KRB 3033 Pengantar Bahasa Melayu
Unit 8 : Peribahasa

B). Perumpamaan
Perumpamaan ialah susunan kata-kata yang indah, ringkas, dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat. Biasanya, perumpamaan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti, dan umpama.


Perumpamaan
Maksud
Bagai aur dengan tebing
tolong-menolong antara satu dengan yang lain
Bagai bunyi cempedak jatuh
bunyi jatuh yang kuat
Bagai bulan dipagari bintang
kecantikan gadis yang tiada bandingannya
Bagai dihiris dengan sembilu
perasaan yang sangat pedih
Bagai duri dalam daging
sesuatu hal yang tidak menyenangkan
Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
hanya mementingkan diri sendiri
Bagai itik pulang petang
berjalan lambat sekali
Bagai isi dengan kuku
persahabatan yang sangat erat
Bagai kacang melupakan kulit
orang yang tidak tahu mengenang budi
Bagai kumbang putus tali
amat cepat; terlepas daripada sengsara
Bagai melepaskan batuk di tangga
membuat sesuatu kerja sambil lewa saja
Bagai menatang minyak yang penuh
mendidik anak dengan penuh belaian kasih sayang
Bagai mencencang air
membuat pekerjaan yang sia-sia
Bagai mural tercabut ekor
seseorang yang becok mulutnya
Bagai si kudung mendapat cincin
orang yang tidak dapat merasai nikmat atau menggunakan kemudahan yang diperoleh
Bagai pinang dibelah dua/ Seperti cincin dengan permata
pasangan yang sama padan dan sama cantik
Bagai tikus membaiki labu
merosakkan lagi barang yang dibaikinya
Seperti abu di atas tunggul/ Seperti telur di hujung tanduk
kedudukan tidak tetap atau tidak terjamin
Seperti anak ayam kehilangan ibu
berpecah dan hilang tempat bergantung
Seperti anjing dengan kucing
adik-beradik yang suka bergaduh
Seperti anjing dengan bayang-bayang
orang yang tamak, tidak cukup dengan apa-apa yang ada
Seperti api dalam sekam
dendam; perbuatan jahat yang tersembunyi
Seperti ayam berak kapur
muka pucat dan tidak bermaya
Seperti bertih digoreng
bunyi bising atau percakapan yang tidak berhenti-henti
Seperti cacing kepanasan
tidak diam atau tenang; selalu gelisah
Seperti embun di hujung rumput
kasih sayang yang tidak berkekalan
Seperti gergaji dua mata/ Seperti talam dua muka
seseorang yang mengambil kesempatan daripada pertelingkahan antara dua pihak
Seperti harimau menyembunyikan kukunya
menyembunyikan kelebihan yang ada pada dirinya
Seperti hujan jatuh ke pasir/ Seperti mencurahkan air ke daun keladi
memberi nasihat kepada orang tetapi tidak berkesan
Seperti katak di bawah tempurung
orang yang cetek pengetahuannya mengenai hal dunia luar
Seperti kera kena belacan
tidak suka duduk diam
Seperti kera mendapat bunga
seseorang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain
Seperti kerbau dicucuk hidung
seseorang yang lurus; menurut segala perintah orang lain tanpa usul periksa
Seperti langit dengan bumi
perbezaan yang amat ketara
Seperti mengajar itik berenang
mengajar seseorang yang arif atau pandai daripada kita
Seperti pahat dengan penukul
orang yang hanya bekerja apabila diperintah
Seperti pungguk rindu akan bulan
mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin diperoleh
Seperti rusa masuk ke kampung
berasa hairan dan tercengang-cenggang apabila berada di tempat yang baru
Seperti tikus jatuh di beras
memperoleh kekayaan yang tidak disangka-sangka
Seperti ular kena palu
jalan atau barisan yang bengkang-bengkok


Diedit daripada Modul KRB 3033 Pengantar Bahasa Melayu
Unit 8 : Peribahasa




C). Pepatah
Pepatah seakan-akan sama dengan bidalan, tetapi pepatah mempunyai rangkaian perkataan berkerat-kerat atau berpatah-patah. Sebagai contoh, diam ubi berisi, diam besi berkarat bermaksud orang yang pendiam tetapi berakal itu lebih baik daripada orang yang pendiam tetapi bodoh.


Pepatah Melayu
Maksudnya
Ditelan mati emak, diluahkan mati bapa.
Susah memilih kerana kedua-dua pilihan sama penting.
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.
Orang besar-besar berselisih, rakyat yang menderita.
Guruh tak berbunyi, malang tak berbau.
Kemalangan berlaku tanpa diketahui terlebih dahulu.
Harapkan pagar, pagar makan padi.
Percaya akan orang yang mengkhianati kita.
Kalah jadi abu, menang jadi arang.
Kedua-dua pihak yang berkelahi sama-sama menanggung kerugian tidak kira siapa yang menang atau siapa yang kalah. Kedua-duanya hangus.
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
Orang yang pandai akan melakukan kesalahan sesekali. Kalau orang itu pandai melakukan jenayah, sekali jatuh pun cukuplah susah.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Bekerjasama dan saling menolong.
Sehari selembar benang, lama-lama jadi kain.
Sedikit demi sedikit, lama-lama berhasil juga.
Biar putih tulang, jangan putih mata.
Rela mengorbankan nyawa daripada menanggung malu.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Orang yang bercita-cita akan berusaha mencapainya.
Genggam bara api, biar sampai jadi arang.
Bersabar melakukan kerja yang susah sehingga berjaya.
Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan
dapat sagunya.
Kejayaan tidak akan datang begitu sahaja tanpa berusaha.

Takut kerana salah, berani kerana benar.
Berasa takut kerana melakukan kesalahan, sebaliknya jika benar, berasa berani.
Buang yang keruh, ambil yang jernih.
Buang yang jahat, ambil yang baik.
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
Lakukan kerja yang baik biarlah ada batasnya tetapi jangan melakukan kejahatan.
Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga.
Budi baik dikenang walaupun orangnya sudah mati.
Ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk.
Semakin banyak wang/ilmu, orang itu semakin merendahkan diri.
Jika kerbau dipegang pada talinya, jika manusia dipegang pada janjinya.
Janji mesti ditepati.
Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.
Menunjukkan kesyukuran atas pemberian kepada kita.
Orang haus diberi air, orang lapar diberi nasi.
Mendapat sesuatu yang diingini.

Diedit daripada Modul KRB 3033 Pengantar Bahasa Melayu
Unit 8 : Peribahasa




D). Bidalan
Bidalan ialah susunan kata-kata yang telah digunakan umum dalam masyarakat Melayu. Di dalam bidalan terkandung perbandingan, teladan, dan pengajaran.


Bidalan dan Maknanya:

Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak [Jika ingin hidup mewah, mestilah berusaha]

 Alur bertempuh, jalan berturut [Melakukan sesuatu hendaklah menurut kebiasaan yang lazim]

Belayar bernakhoda, berjalan dengan yang tua, berkata dengan yang pandai
[Lebih baik bekerja di bawah pimpinan ketua yang berpengalaman]

Belum duduk sudah berlunjur
 [Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira]

Berbuat di alang, belayar di luar musim
 [Melakukan sesuatu bukan pada masa yang sesuai]

Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang
 [Berhati-hati apabila bercakap tentang hal orang lain]

Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar
[Perlu berhati-hati apabila memperkatakan sesuatu]

Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat
 [Berfikir baik-baik dahulu kemudian baru bertindak]

Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak
 [Membuat kerja sambilan sementara mendapat pekerjaan yang tetap]

Berkaul pada keramat
 [Meminta sesuatu hendaklah kena pada tempatnya]

 Berpahit-pahit dahulu supaya manis kemudian
 [Membuat kerja yang susah dahulu, yang senang dibuat kemudian]

Bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman orang
[Membetulkan kesalahan sendiri dahulu sebelum betulkan kesalahan orang lain]

Bertanjak baharu tinjau
[Membuat kerja mengikut aturan]

Bertanya supaya tahu, berjalan supaya sampai
[Kalau membuat kerja, hendaklah dikaji dahulu dan lakukannya sampal selesai]

Biar alah sabung, asalkan menang sorak
 [Tewas dalam perlawanan namun masih bercakap besar]

Biar buruk kain dipakai,asalkan pandai mengambil hati
(Biar miskin asalkan berbudi bahasa dan berhati mulia

Biar berkelahi dulu, jangan berkelahi kemudian
[Berfikir baik-baik supaya tidak menyesal]

Biar ditelan buaya, jangan dipagut ikan kecil
(Biar kalah kepada orang yang kuat daripada kalah kepada orang yang lemah]

Biar genting, jangan putus
[Biar rugi sedikit daripada rugi banyak]

Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas
 [Berhenti bekerja dengan kemahuan sendiri adalah lebih baik daripada dipecat]

Biar lambat asalkan selamat
 [Membuat sesuatu kerja biarlah cermat dan berhati-hati]

Biar luka di dada, jangan luka di belakang
 [Biar kalah selepas berlawan daripada kalah kerana melarikan diri]

Biar mati anak jangan mati adat
 [Pegangan adat yang kuat sehingga sanggup anak menjadi korban]

Biar mati di mata pedang, jangan mati kena tendang
 [Biar mati mempertahankan kehormatan daripada mati dalam kehinaan]

Biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma
 [Biar mati kerana membuat kebaikan danipada mati kerana membuat kejahatan]

Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut
 [Menyimpan rahsia]

Biar penat badan, asalkan hati suka
 [Seronok membuat sesuatu kerja walaupun kerja itu susah]

Biar putih tulang jangan putih mata
 [Sanggup mati daripada menyerah kalah]

Biar senget, jangan tertiarap
[Biar rugi sedikit danipada rugi banyak]

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
[Berbuat baik biarlah sekadarnya tetapi perbuatan jahat jangan sekali-kali dicuba]

Buruk dibuang dengan rundingan, baik ditarik dengan muafakat
[Sesuatu masalah dapat diatasi jika pihak-pihakyangterlibat bersedia untuk berunding]

Cermat masa banyak, jimat masa sedikit
[Selalu berhati-hati dalam membelanjakan (menggunakan) sesuatu]

Cicir dipungut, hilang dicari
 [jangan melakukan pembaziran]

Dalam berselam, cetek bertimba
 [Sesuaikan sesuatu dengan keadaan]

Daripada bersahabat dengan orang bebal, lebih baik berseteru dengan orang berakal
[Bermusuh dengan orang pandai lebih elok daripada berkawan dengan orang yang bodoh]

Daripada cempedak baiklah nangka
[Lebih baik ada daripada tiada langsung]

Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga
[Daripada hidup menanggung dosa, lebih baik mati meninggalkan nama yang baik]

Daripada hidup bercermin bangkai, Iebih balk mati berkalang tanah
[Lebih baik mati danipada hidup menanggung malu dan kehinaan]


Genggam bara api biar sampa jadi arang
[Apabila melakukan sesuatu pekerjaan yang susah, kita hendaklah bersabar dan menyempurnakan pekenjaan itu sehingga benjaya]

Habis akal, baru tawakal
[Sesudah habis segala khtiar barulah berserah kepada Tuhan]

Habis alur maka beralu-alu
[Jika persetujuan tidak dapat dicapal melalui rundingan, barulah gunakan paksaan]

Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga
[Budi baik seseorang tidakakan dilupakan walaupun orang itu sudah meninggal dunia]

Hempas tulang berisi perut
 [Hidup akan senang jika rajin bekerja]

Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai
[Hendak mempelajari sesuatu bidang, belajarlah dengan orang yang mahir dalam bidang itu]

Hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa
[Berbuat baik semasa masih hidup untuk diri sendiri dan masyarakat]

Hilang geli kerana geletek
[Sesuatu yang sudah biasa tidak berbekas kepada kita]

Hujan tidak sekali jatuh, simpai tidak sekali erat
[Sesetengah pekerjaan tidak mungkin dapat diselesaikan sekali gus]

Ingat sebelum kena, jimat (hemat) sebelum habis
[Perlu berwaspada setiap masa supaya tidak terpedaya dan habis harta]

Jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak
[Kita hendaklah bersopan santun apabila berada di negara asing]

Jalan peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah
[Berhati-hati dalam semua perkara]

Jangan bagai orang patah selera, banyak makan
 [Pura-pura tidak mahu tetapi dalam hati sangat suka]

Jangan bawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak
[angan sombong apabi ia mendapat sesuatu kelebihan]

Jangan berebutkan tembikar pecah
[Jangan berkelahi kerana berebutkan sesuatu yang tidak ada gunanya]

Jangan bermain di air keruh
[Jangan ditiru perbuatan yang buruk]

Jangan buat kerbau tanduk panjang
 [Jangan campuri urusan orĂ ng lain]

Jangan dibangunkan kucing tidur
 [Jangan diganggu musuh yang tidak berbuat apa-apa]

Jangan dibiarkan sampai naik ke mata
[Sesuatu perkara yang tidak balk jangan dibiarkan sampal melampaul batas]

Jangan didengarkan siul ular
[Kita harus tetap awas dan jangan pedulikan tipu muslihat musuh]

Jangan difikir air pasang sahaja
 [Jangan harapkan nasib akan sentiasa baik]

 Jangan difikir bengkok tebu, bengkok pula manisnya
[Jangan disangka bahawa idea yang dikemukakan oleh orang yang jahat itu tidak baik]
Jangan dilepaskan tangan kanan, sebelum tangan kiri berpegang
[Jangan dilepaskan kerja yang ada sebelum mendapat kerja yang baru]

Jangan diperlelarkan timba ke perigi, kalau tak putus, genting
 [Perbuatan yang tidak baik (jahat) jangan dibiasakan]

Jangan ditentang matahari condong, takut terturut jalan tak berintis
[Jangan buat orang yang berkuasa marah kerana kita yang akan menanggung padahnya kelak]

Jangan lemparkan pancing tiada berumpan
[Sia-sia mengharapkan sesuatu kalau tidak cukup syarat]

Jangan mengukur baju orang di badan sendiri
[Kita tidak boleh menyamakan kedudukan orang lain dengan kedudukan diri sendiri]


Jangan tercirit di periuk
[Jangan berbuat angkara di tempat kita menumpang]

Jika hendak beranak, ikutlah kata bidan
 [Mendengar nasihat pakar]

Jika takut kamu dibenci orang, jangan kamu memerintah
[Jika menjadi ketua, akan ada orang yang membenci kita]

Jikalau menampi, jangan tumpah padinya
[Berhati-hati apabila memilih sesuatu supaya tidak terbuang apa-apa yang baik atau berguna]

Jikalau tidak dapat dibaiki, janganlah dipecahkan
[Perkara yang tidak dapat kita selesaikan, janganlah kita kusutkan]

 Diedit daripada Modul KRB 3033 Pengantar Bahasa Melayu
Unit 8;Peribahasa